Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Mengimbau kembali kenangan silam merupakan salah satu hobi saya. Ya, tadi pergi rumah atok dan atok ajak pergi mengeteh di warung pakcik kadir..dan ya bukan warong pak jabit ok...
Semasa seronok makan-makan saya terpandang sagun di dalam balang di atas meja tempat kami duduk. Secara tiba-tiba minda saya tertangkap kenangan-kenangan silam bersama dengan sagun.
Anda tahu apa itu sagun? Sagun adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada kelapa muda yang diparut serta digoreng bersama dengan tepung beras dan kemudiannya ditambah dengan gula dan sedikit garam...
Masa kecik2 dulu memang popular..kalau jenjalan kat taman mesti beli sebatang harganya doposen je...lepas beli banyak2 saya dan kakak saya pon bersama-sama membuat satu permainan yang agak selekeh iaitu bercakap sambil makan sagun. Itu adalah tradisi kami jika mendapat sagun.
Malangnya, pada era globalisasi ini, harga sagun melonjak naik sejajar dengan harga tepung dan harga gula... Nak cakap sambil makan sagun pon rasa saying.. so masa nak bercakap tu buat-buat je lah terlupa tengah makan sagun kan jadinya tak la rase terkilan sangat... keh3
p/s: kebendelah aku merepek ni..korang paham tak?