Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera, salam pembuka bicara.
Berdirinya saya di pagi yang hening ini adalah untuk.... *tipu...aku tengah duduk*
Ok tak lah... teringat zaman perdebatan dahulu kala. Suddenly the moment come across my mind..bhaha ayat taley bla. (Ohh opocot lupe senanye nak guna bahasa baku.).ok2 we start over again.
Ya, bertemu lagi kita dalam rancangan Jom Kahwin Jutawan bersama saya Miss Wani..????????? err..baiklah.. sebenarnya entry huntuk untuk hari ini adalah bertujuan untuk merungkai permasalahan yang berlaku dalam kehidupan harian kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.
Seperti yang kita semua sedia maklum ya, setiap orang mempunyai cita-cita yang telah dipupuk sejak kecil lagi. Kebanyakan ibubapa amat menggalakkan serta mengharapkan anak-anaknya menjadi seorang doktor. Ya, seorang Doktor atau Engineer (what we called it in malay?)
Namun eh salah font. Namun, adakah semua orang berjaya mencapai apa yang diimpikan oleh mereka? Berjayakah anda mencapai cita-cita yang anda impikan? Dan sebenarnya apakah cita-cita anda sedari kecil??
Justeru, di sini saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman saya dalam mengharungi onak dan ranjau kehidupan sebagai seorang pelajar selama hampir 15 tahun.
“Saya Saya memulakan zaman persekolahan saya seawal umur lima tahun.Selepas itu, ketika berumur tujuh tahun saya melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah sehingga darjah enam. Sepanjang pengajian saya di sekolah rendah, cita-cita saya MEMANG untuk menjadi seorang doktor.Namun, segalanya berubah ketika saya memasuki sekolah menengah. Ketika saya mberada di tingkatan 3, cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang chemical engineer (entah apa motif aku pon tak tahu).
Pada ketika itu, minat saya untuk menjadi doktor memang tiada langsung sehinggalah saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Sains Muar. Di sana saya telah ditempatkan bersama dengan pelajar-pelajar cemerlang yang mempunyai cita-cita besar disamping mempunyai kesungguhan yang tinggi. Oleh hal yang demikian, saya pon dengan tiba-tiba mendapat cita-cita baru iaitu saya mahu menjadi Dentist atau dalam bahasa melayunya adalah Doktor Gigi.Selepas mengambil SPM, saya pon berusaha mencari mana-mana sumber yang boleh dipercayai untuk mengambil bidang pergigian.
Dalam pencarian itu, saya juga telah dipsiko oleh beberapa orang manusia dengan mengatakan bahawa untuk menjadi seorang dentist adalah teramat susah dan lebih susah daripada untuk menjadi Doktor perubatan. Oh itu saya tak terpsiko sangat pon... Namun, nasib tidak menyebelahi saya akibat keputusan SPM saya tak lah secemerlang yang diharapkan dengan memperoleh B3 dalam matapelajaran Fizik. Eh, fizik tu diperlukan untuk menjadi seorang dentist ok??? Jadi, cita-cita saya pond ah berubah daripada menjadi dentist kepada jururawat sebab iklan kat tv kata jururawat pasaran umpphhh.
Jadi saya menunggu panggilan-panggilan menyambung pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi. Pada tarikh semua orang sebuk menyemak sama ada mereka memperolehi U mana untuk menyambung pengajian, saya pon sebukkkan diri untuk menyemak juga. Namun, saya hampa kerana saya tidak dapat mana-mana universiti tetapi saya hanya mendapat tawaran ke matrikulasi Johor. Mood: Hampa
Pada hari Jumaat, iaitu 2hari sebelum pendaftaran pelajar ke matrikulasi dan asasi, saya dengan gatalnye pergi ke CC dan menyemak semula keputusan UPU yang saya tak dapat tu. Alangkah terkejutnya saya kerana rupa-rupanya saya memperolehi Asasi kejururawatan di UIA...eh UIA tau bukan senang nak g sane..so ok aku dah malas nak skema2... so aku pon dah gelabah puyuh... nak pegi UIA ke nak g Matriks...duit matrik rm500 dah bayar nih... OMG..nape dalam masa yg singkat ni.. so aku pon cakap aku terima jela UIA tu... pastu balik rumah aku cite kat ayah aku yg aku dapat UIA..dia pon tepanjat jugak..tapi dia kata camni “eh, wani nak jadik doctor kan, bukan nak jadik jururawat?” Haaaa...disitu aku dapat tangkap. Ayah aku soh aku masuk matrik la tu.. Ahh lagipon 2tahun wei asasi tu... matrik setahun je. So aku pon masuk la matrik.
Jadi sejak dari haritu aku pon mencari-cari cita-cita baru untuk diimpikan. Aku Tanya-tanya lecturer sume, surf2 internet dan aku dapat satu cita-cita iaitu aku nak jadi Ahli Fisioterapi atau dalam bahasa inggerisnye adalah Physiotherapist(ecewah). Pastu dah abes sem 2 dah dapat result aku pon mohon lah UKM untuk amek fisioterapi tu. Pointer sem 2 aku tak la bagus sangat pon..ngahaha Pastu mase nak cek UPU tu debor2 ni.. skali aku dapat Sains Bioperubatan. Eh kemonlah tah pebendetah sains biomedic tu kan? Aku ni search la search banyak2 pasal sains biomedic ni..ooh dah faham sket..pastu doctor Aisyah pon kata bagus kos tu lagi bagus dari Fisioterapi... tapi senanye aku pelik la kan sebab fisioterapi tu qualification dia lagi rendah dari biomedic dan aku letak pilihan pertama tapi aku dapat biomedic yang qualification lagi tinggi dari pilihan pertama? Eh pelik betei...
tapi sampai sekarang aku tak tahu nak jawab kalau orang Tanya cita-cita awak apa? Apa cita-cita aku sebenarnye???? >,<
ramai betul manusia tak nak masuk uia sebab 2 tahun.. haha.. memang dua tahun.. tapi boleh tukar course.. dari nursing kau boleh tukar ke medic.. nak pergi engineering pun boleh.. tapi benda dah lepas.. "barang yang dah lepas, jangan dikenang".. hehe..
ReplyDeleteall the best..!
yup3...memang takde rezeki na wat camne kan
ReplyDeletesalam..tumpang tnye,,cgpa awk bape ek??nk taw jgk sbb sye ade apply bioprbtan jgk,,
ReplyDeletecgpa? atas 3.5..hihihi
ReplyDeletelaaa...bagitau specific skit...contoh 35-3.6, 3.6-3.7 xpon bgitau tross..pliss
ReplyDeletesalam...nak tanya lah bioperubatan ni byk involve xtvt kat lab ke? psl sy dpt twrn biomedic di usm n saya pun ex student kmj(2010/2011)....
ReplyDeletejejakabajek: err..bagitau apekah itu?
ReplyDeleterad techno: banyak jugak especially subjek biokimia...erm..kira banyakla sebab kerja nanti pon dalam lab =)
salam..saya nak tanye nnt kite bleyh kje ape eh lepas blaja..plezz rply sbb saya sgt terdesakkk
ReplyDeletenasib awak tak pergi asasi nursing tu..kalo tak awak tentu jadi jururawat. xbesh jadi jururawat kerja orang tak pandang sangat. kena pakai seragam lak tu..kerja mcm leceh lak tu.saya result matrik yang teruk dari awak pun tak rela jadi nursing. baiknya saya sekrang dapat ijazah pendidikan kimia.baiknya awak amek biomed..ada rezeki leh mohon pegawai sains, pengajar juruteknologi makmal atau pegawai penyelidik..mana la tau kan
ReplyDeleteNak tanya sikit boleh ? kalau kos ni kan subject yang kuat ape ? biologi atau chemistry , sbb saya sngt minat pada bio tapi kureng sikit chemis , btw saya pon ex kmj batch 2013/2014 , mohon pencerahan :)
ReplyDeleteBudak2 medic memang WAJIB ke kena dpt 4.00 ??? Ke ada org lain yg psiko kan kita ... Kalau pointer 3.90 pon boleh kerr??
ReplyDeleteBudak2 medic memang WAJIB ke kena dpt 4.00 ??? Ke ada org lain yg psiko kan kita ... Kalau pointer 3.90 pon boleh kerr??
ReplyDeleteMedic tak semestinya 4 flat. Ade je yg universiti awam ambil pelajar yg cgpa 3.75. Bergantung kepada kouta dan bilangan pelajar yg mohon pada tahun tu. Cumenya,lagi tunggu pointer, lagi diberitahu keutamaan.
ReplyDelete*tinggi
Delete*diberi
Saya student matrik 16/17.. Saya dpt modul 1 tpi nak tukar modul 3.. Tapi saya minat kos fisio.. Subjek fizik wajib ke untk kos fisio bila nak smbung degree nanti???
ReplyDeletesis sy nk tny sis skrg dh bkrja ke? dkt mana? sbg ap?
ReplyDeletesis sy nk tny sis skrg dh bkrja ke? dkt mana? sbg ap?
ReplyDeleteAwak mesti sekarang ni sama ada tak kerja atau bekerja di luar bidang Bioperubatan kan..
ReplyDeleteuntuk pengetahuan semua, Bioperubatan adalah jurusan am dan hampir tiada pekerjaan khusus yang boleh dikaitkan dengan Bioperubatan.
Nak kerja lab, dah ada degree khusus untuk setiap bidang dalam lab. Nak kerja dengan kerajaan, kebanyakan memerlukan degree lain dari Bioperubatan.
Nasihat saya, seorang senior graduan UKM Bioperubatan, jangan terpengaruh dengan kenyataan Bioperubatan ni bagus senang dapat kerja, ambil lah degree yang lebih kepada pengkhususan seperti fisioterapi, percakapan, pendengaran, terapi kerja dan lain2.
Yeke
Deletebetul ni? sebab saya recently dapat iv di UKM untuk sains bioperubatan, but then my vision is still not clear regarding the career of this course.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMcm mn nk appky univ. di indonesia. Mcm author ni tulis dy ad applt medic indo. Ad webs ke ap ke
ReplyDeleteHai, kalau cgpa 3.65 boleh lepas tak ambil course ni.. Selalu yg berjaya brp eh pointer :)
ReplyDeleteGreat and that i have a dandy offer you: Whole House Renovation remodeling and renovation
ReplyDelete