Tuesday, May 24, 2011

Sagun oh sagun!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mengimbau kembali kenangan silam merupakan salah satu hobi saya. Ya, tadi pergi rumah atok dan atok ajak pergi mengeteh di warung pakcik kadir..dan ya bukan warong pak jabit ok...

Semasa seronok makan-makan saya terpandang sagun di dalam balang di atas meja tempat kami duduk. Secara tiba-tiba minda saya tertangkap kenangan-kenangan silam bersama dengan sagun.

Anda tahu apa itu sagun? Sagun adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada kelapa muda yang diparut serta digoreng bersama dengan tepung beras dan kemudiannya ditambah dengan gula dan sedikit garam...

Masa kecik2 dulu memang popular..kalau jenjalan kat taman mesti beli sebatang harganya doposen je...lepas beli banyak2 saya dan kakak saya pon bersama-sama membuat satu permainan yang agak selekeh iaitu bercakap sambil makan sagun. Itu adalah tradisi kami jika mendapat sagun.

Malangnya, pada era globalisasi ini, harga sagun melonjak naik sejajar dengan harga tepung dan harga gula... Nak cakap sambil makan sagun pon rasa saying.. so masa nak bercakap tu buat-buat je lah terlupa tengah makan sagun kan jadinya tak la rase terkilan sangat... keh3

sesungguhnya gambar-gambar ini adalah perhiasaan semata-mata yang diambil dari google image...namun beginilah gambaran sagun bagi sesiapa yang tidak mengenalinya...

p/s: kebendelah aku merepek ni..korang paham tak?

Thursday, May 19, 2011

Tipikal Hantu Malaysia

Hai All.. Aku sebenanye tengah bosan dan sedang menunggu cerita seram*kononnye* kat TV3 apetu tajuk nye... Mantera Anjasmoro ke apetah ejaan dia aku pon lupe.. ya.. skarang di saat aku membuat entry ni adalah pada jam 2057 bertarikh 19/5/2011... dan Khamis malam jemaat so wat?

Secara tiba-tiba aku nak buat cecite pasal hantu plak sebab aku rase kelakar plak ngan hantu Malaysia ni... *padahal kalau jumpa boleh pengsan*

Pertama-tama sekali adalah hantu Melayu lah kan... Hantu melayu ni selalunye perwatakan dia sangat selekeh dan hodoh..berbaju serba putih..dan mempunyai tompokan darah di baju tersebut....ate..rambotnye gini ha.. gebang aje serta tidak terurus...
*Kaklimah ni sekadar perhiasan sahaja*

Itu kalau antu pompuan dia..kalau antu laki2 slalunye En. Poco2 lah kan.. berbungkus dengan kain kafan serta bila dibuka ikatan dikepala makan akan tersembullah muka huduhnya itu...

Baik. Ini yang kedua iaitu hantu cina. Hantu cina ni plak dia maju sikit dari hantu melayu.. selalunye hantu pompuan dia ni kemaaas aje..baju kaler merah, muke pon putih bersih siap mekap lagi..cun wooo... rambut dia pulak mengalahkan orang buat teknik rebonding..auuum.. takdenye nak gerebang2 ni..

Manakala hantu laki2 nya pulak selalunye selalu eh bape banyak selalu.. ha selalunya hantu laki dia suke pakai baju cantik..kostum ape aku pon tak tahu.. lepas tu suke men lelompat si katak lompat..LOMPAT..tapi yang uniknye bila tampal kertas kat dahi teros benti...ngahaha

Kemudian, yang ketiga adalah hantu India. Eh, kan..hantu india macamana ek? Aku tapenah tahu la pulak...ade ke rupenye begini: Memakai sari, mata bundar dan tebeliak...rambut terikat tapi serabai2 siket...lepastu ketawa2 lah macam hantu melayu.. or dia menari2 ?? Adakah seperti gambar dibawah ni????

errr...hantu etnik lain macamana pulak?? Ada sesapa tahu??

p/s: Lepas buat entry ni aku harap aku leh tido malam dengan aman!!!


Sunday, May 15, 2011

KELEBIHANMU.......


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.

Oh harini adalah 16 Mei 2011... hari apa? Hari ISniN... ya.. 16Mei.. slalunye orang sambut Hari Guru kan? Jadi di sini saya dengan berbesar hatinya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang pernah mengajar saya sama ada yang bertauliah atau tidak. Hehe..

Ok. Sebenarnya harini bukan nak bincang pasal GURU..sebab tiap-tiap tahun pun kita akan cakap benda yang sama kan pasal jasa guru dsb...tapi adalah sedikit perkongsian ilmu..err... pembaca semua pernah dengar tak AL-MATHURAT??

Anda pernah tengok naskah di atas?? Dulu kan saya ni skolah asrama penuh masa tingkatan 4 dan 5 dan tiap-tiap petang kami akan disuruh turun ke surau untuk membaca AL-MATHURAT kecuali hari khamis sebab nak baca Yaasin kan.. sepanjang saya bersekolah di situ dan mengamalkan AL-MATHURAT ni..saya tak tahu sebenarnye kelebihannye..men bace aje..yelah...kenkonon rutin kan mase kat skolah dulu #noob

Alrite.. setelah dikaji-kaji..mase cuti-cuti lah kan.. saya pon ade gak dapat nasihat daripada kenkawan...memang banyak kelebihannya.. AL-MATHURAT ni memang bagus sangat sangat sangat untuk student.. eh bukan untuk student je.. untuk semua warga muslimin dan muslimat lah... khasiat dia sangat bagus.. pelbagai ramuan disediakan di dalamnya... cume kene istiqamah je untuk melaksanakannya...

Haa.. AL-MATHURAT ni kan sebenarnye wirid dan doa harian yang diamalkan Rasulullah s.a.w. Memang kalau baca ni tenang punyelah..eh tapi jangan baca je..kalau stakat baceeee je budak tadika pon reti... ha dah baca tu jeling-jeling lah maksud apa yang kita baca tuh..macam AL-Quran jugak..takleh la nak baca membuta-tuli je kan.. so kalau boleh seelok-eloknye belilah tafsir kan ada maksud..so kita akan lebih faham dan lebih menghayati..*layak tak aku jadik kaunselor?*

Kat sini adelah serba sedikit Kelebihan membaca Al Mathurat ni:


1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Hmm...ni adelah sedikit sedutan ß sedutan ke potongan ek? *BM FAIL!!!*

Ayat yang atas yang panjang tu berbunyi " Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tidak ada tuhan selain Engkau. Engkau yang mencipta diriku. Aku (hanyalah) hamba-hambaMu. Aku berusaha sedaya upayaku untuk memegang janji dengan-Mu. Aku berlindung kepada-Mu, Ya Allah, akibat daripada kejahatan yang terlanjur yang telah aku lakukan, (Ya Allah aku mengaku) nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui juga akan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau" dan yang bawah tu beristighfar lah kan..Skarang Nampak tak mulianya Al-Mathurat ni..menyedarkan kita kan serta membolehkan kita berdoa memohon ampun.. Dan untuk pengetahuan semua ayat panjang di atas tu lah yang selalunye saye tetido masa baca ramai-ramai kat surau >,< <--- ruginya saya masetu kan?? *Skarang dah tak dah*


Doa atas ni kalau kita hayati memang mendalam kan? Cuba kalau kita selalu amalkan hari-hari... Mesti Allah kabulkan kan? *InsyaAllah*

Sekarang dah Nampak kan kelebihan Al-Mathurat ni? Sungguh cakap banyak khasiat dia..cayelah caye... BTW, ni baru potongan ayat je..kalau anda semua bukak buku tu..lagi banyak doa-doa dan wirid yang sangat berguna... hmm saya buat entry ni pon nak mengingatkan diri sendiri jugak yang selalu lalai dan leka kan...soo.. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL ^_^

*Semoga sentiasa istiqamah...InsyaAllah*

Thursday, May 12, 2011

Cita-cita awak apa?


Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera, salam pembuka bicara.

Berdirinya saya di pagi yang hening ini adalah untuk.... *tipu...aku tengah duduk*

Ok tak lah... teringat zaman perdebatan dahulu kala. Suddenly the moment come across my mind..bhaha ayat taley bla. (Ohh opocot lupe senanye nak guna bahasa baku.).ok2 we start over again.

Ya, bertemu lagi kita dalam rancangan Jom Kahwin Jutawan bersama saya Miss Wani..????????? err..baiklah.. sebenarnya entry huntuk untuk hari ini adalah bertujuan untuk merungkai permasalahan yang berlaku dalam kehidupan harian kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum ya, setiap orang mempunyai cita-cita yang telah dipupuk sejak kecil lagi. Kebanyakan ibubapa amat menggalakkan serta mengharapkan anak-anaknya menjadi seorang doktor. Ya, seorang Doktor atau Engineer (what we called it in malay?)

Namun eh salah font. Namun, adakah semua orang berjaya mencapai apa yang diimpikan oleh mereka? Berjayakah anda mencapai cita-cita yang anda impikan? Dan sebenarnya apakah cita-cita anda sedari kecil??

Justeru, di sini saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman saya dalam mengharungi onak dan ranjau kehidupan sebagai seorang pelajar selama hampir 15 tahun.

Saya Saya memulakan zaman persekolahan saya seawal umur lima tahun.Selepas itu, ketika berumur tujuh tahun saya melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah sehingga darjah enam. Sepanjang pengajian saya di sekolah rendah, cita-cita saya MEMANG untuk menjadi seorang doktor.Namun, segalanya berubah ketika saya memasuki sekolah menengah. Ketika saya mberada di tingkatan 3, cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang chemical engineer (entah apa motif aku pon tak tahu).

Pada ketika itu, minat saya untuk menjadi doktor memang tiada langsung sehinggalah saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Sains Muar. Di sana saya telah ditempatkan bersama dengan pelajar-pelajar cemerlang yang mempunyai cita-cita besar disamping mempunyai kesungguhan yang tinggi. Oleh hal yang demikian, saya pon dengan tiba-tiba mendapat cita-cita baru iaitu saya mahu menjadi Dentist atau dalam bahasa melayunya adalah Doktor Gigi.Selepas mengambil SPM, saya pon berusaha mencari mana-mana sumber yang boleh dipercayai untuk mengambil bidang pergigian.

Dalam pencarian itu, saya juga telah dipsiko oleh beberapa orang manusia dengan mengatakan bahawa untuk menjadi seorang dentist adalah teramat susah dan lebih susah daripada untuk menjadi Doktor perubatan. Oh itu saya tak terpsiko sangat pon... Namun, nasib tidak menyebelahi saya akibat keputusan SPM saya tak lah secemerlang yang diharapkan dengan memperoleh B3 dalam matapelajaran Fizik. Eh, fizik tu diperlukan untuk menjadi seorang dentist ok??? Jadi, cita-cita saya pond ah berubah daripada menjadi dentist kepada jururawat sebab iklan kat tv kata jururawat pasaran umpphhh.

Jadi saya menunggu panggilan-panggilan menyambung pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi. Pada tarikh semua orang sebuk menyemak sama ada mereka memperolehi U mana untuk menyambung pengajian, saya pon sebukkkan diri untuk menyemak juga. Namun, saya hampa kerana saya tidak dapat mana-mana universiti tetapi saya hanya mendapat tawaran ke matrikulasi Johor. Mood: Hampa

Pada hari Jumaat, iaitu 2hari sebelum pendaftaran pelajar ke matrikulasi dan asasi, saya dengan gatalnye pergi ke CC dan menyemak semula keputusan UPU yang saya tak dapat tu. Alangkah terkejutnya saya kerana rupa-rupanya saya memperolehi Asasi kejururawatan di UIA...eh UIA tau bukan senang nak g sane..so ok aku dah malas nak skema2... so aku pon dah gelabah puyuh... nak pegi UIA ke nak g Matriks...duit matrik rm500 dah bayar nih... OMG..nape dalam masa yg singkat ni.. so aku pon cakap aku terima jela UIA tu... pastu balik rumah aku cite kat ayah aku yg aku dapat UIA..dia pon tepanjat jugak..tapi dia kata camni “eh, wani nak jadik doctor kan, bukan nak jadik jururawat?” Haaaa...disitu aku dapat tangkap. Ayah aku soh aku masuk matrik la tu.. Ahh lagipon 2tahun wei asasi tu... matrik setahun je. So aku pon masuk la matrik.

Setelah masuk ke matrik, cita-cita aku kat situ nak jadik doctor pulak lah kan sebab ayah aku soh masuk matrik pon sebab soh jadik doctor. Pastu lepas satu sem aku dapat result... OMG.. Bio aku wat slek plak dapat A- menjadikkan pointer aku 3.88 sem tu.. aku pond ah hampa sebab org cakap bak jadik doctor mesti 4 flet!

Jadi sejak dari haritu aku pon mencari-cari cita-cita baru untuk diimpikan. Aku Tanya-tanya lecturer sume, surf2 internet dan aku dapat satu cita-cita iaitu aku nak jadi Ahli Fisioterapi atau dalam bahasa inggerisnye adalah Physiotherapist(ecewah). Pastu dah abes sem 2 dah dapat result aku pon mohon lah UKM untuk amek fisioterapi tu. Pointer sem 2 aku tak la bagus sangat pon..ngahaha Pastu mase nak cek UPU tu debor2 ni.. skali aku dapat Sains Bioperubatan. Eh kemonlah tah pebendetah sains biomedic tu kan? Aku ni search la search banyak2 pasal sains biomedic ni..ooh dah faham sket..pastu doctor Aisyah pon kata bagus kos tu lagi bagus dari Fisioterapi... tapi senanye aku pelik la kan sebab fisioterapi tu qualification dia lagi rendah dari biomedic dan aku letak pilihan pertama tapi aku dapat biomedic yang qualification lagi tinggi dari pilihan pertama? Eh pelik betei...

Huaaaah lantak lah aku sapu je ape ade janji aku dapat sambung blaja.. Pastu kan tup tup aku baru teringat aku ade mohon gak Medic Indo tu.. sebab nak try luck jugak kan kot kot terdapat.. skali tu aku terdapat lah kan Doktor Pergigian kat Universiti Sumatera Utara.. masetu aku dah nak masuk UKM kot.. Pastu aku bedoa la bebanyak.. Pastu hati aku berkata “pergilah UKM” *sambil cahaya bersinar-sinar dan rambut terbang-terbang* Ok dan itu yang terakhir aku wat keputusan. Nekad aku tamau amek Pergigian tu takot gak senanye nak g Indonesia tu..ngahaha.. Dan sekarang aku di sini.. Di UKM mengambil IJAZAH SARJANA MUDA SAINS BIOPERUBATAN DENGAN KEPUJIAN.. “heh!! Alah ape nak dibanggakan sangat dengan biomedic tu?? Bukan ade kerja...” Haaa.. inilah suara-suara sumbang yang aku dengar...yang membuatkan aku terpsiko nak tukar kos akibat teperanjat masuk U dan pembelajaran yang ntah apa aku belajar pon aku tak tahu.. Disitu, cita-cita terpendam aku iaitu nak bukak bakery pon mula lah membuak-buak...


Tapi setelah bejumpa dengan lecturer, mereka cakap “jangan risau. Apa yang penting adalah kamu habiskan belajar kamu kerana bidang sains bioperubatan ni sangat luas dan kamu boleh jadi macam2..rezeki masing2 jangan risau.”Ok sejak dari haitulah aku mula termotivasi..aku belajar je dulu..ilmu bidang sains bioperubatan ni pon menyeluruh..lepas grade kalau nak sambung kedoktoran pon boleh tapi kat oversea la.. ah tak kesah la..kan..Jadi kiranya skarang aku tengah focus pada kos aku lah kan..lagi sekali nak mensi aku amek IJAZAH SARJANA MUDA SAINS BIOPERUBATAN DENGAN KEPUJIAN

tapi sampai sekarang aku tak tahu nak jawab kalau orang Tanya cita-cita awak apa? Apa cita-cita aku sebenarnye???? >,<

Bersyukur~~

Assalamualaikum (tak jawab dose, kalau jawab sayang =p)

Pes op ol ai wud laik to opolojais to mai belog bekos ai hep not hapdet it for a long taim as i hep lek of aidiye. *korang paham tak? Kehkehkeh*

Ok la daripada haku dok mepek lagi panjang bek aku teros direct aje kepada entry kita harini. Ya murid-murid, harini tajuk pembelajaran kita adalah bersyukur~~~ Adakah murid-murid tahu apakah yang dimaksudkan dengan bersyukur?? à bersyukur tu maksudnye berterima kasih serta ditambah dengan Alhamdulillah...okeeeeey?

Ok ok eh asik start ngan ok je..ha pernah tak anda semua mengalami satu keadaan di mana anda berasa nak marah terhadap sesuatu situasi tu? Rase tak puas hati terhadap seseorang? Ha tak pon rase nak merungut2 dan menyumpah2 dengan pelbagai sumpahan seperti kereta myvi, gobok, spanar, pizza, iphone, xperia, ipad.....?? *dia dah mai dah dia dah mai*

Ehehehehohoh senanye haku pon selalu gak menghadapi masalah seperti itu..namun...apakah cara yang sepatotnye dilakukan bagi mengawal perasaan amarah itu?? Haa disini disertakan beberapa situasi dan cara-caranya:

Situasi 1: Anda berasa amat marah terhadap anak atau adik anda kerana selalu bangun pagi lambat.... *Sape tekene? Keh3*

Jangan marah! à tarik napas dedalam..pastu dudok..eh jangan dudok la tapi bediri kat pintu bilik anak pastu senyum sambil cakap selow2.. “Alhamdulillah..bersyukur anak2 aku ada kat rumah..daripada mereka dok bejimba kat luar membuang masa..kang tak pasal2 jadik pekara tak diiingini”err... cool tak ayat aku tu? Ngahaha

Situasi 2 : Anda bengang ngan member2 anda sebab mereka suke mengumpat anda dan anda berasa seperti ingin sahaja menyumpah-nyumpah mereka menjadi pekakas rumah... *ini dipanggil member ke?*

Jangan Marah! à tarik napas dendalam lagi..pastu senyum...cool kan diri dan relax2 aje..pastu cakap ngan dindning “Alhamdulillah..nasib baik kenkawan aku mengata aku..dapatlah aku perbaiki diri aku..di samping itu aku dapat pendapatan sampingan (pahala)”hmm bab2 dok ngate2 ni memang tak dapat lari lah kan sebab manusia ni mane suke tengok orang jelek2, lebih2 sket dari dia kan..and then kenkadang orang dok ngata kita pon mungkin sebab kesalahan kita sendiri yang kita tak Nampak..jadi orang dah ngata tu pandai2 la kita muhasabah diri kita..jangan nak dok tarik muka masam, pulau kan orang tu, remove dari fren list la... *eh ade kene sesape ke? =p*

Situasi 3 : Anda melihat satu kemungkaran berlaku dan rase nak mengumpat aje..contohnye la kan anda nampak kawan anda dedeting pastu pepeluk ke pepegang tangan ke bemesre over2 ke ngan pasangan dia..nak tegoq kang kawan korang tu pesen takleh tegoq..kang sentap la, nak remove dari pesbuk la, tanak tu la tanak ni la...So hal ini menyebabkan anda berasa seperti ingin mengumpat..tau tak mengumpat tu apa? Ha rase nak cecite je kat kwn laen la..

Jangan Mengumpat! à lagi skali tarik napas dendalam..pastu hembuuus.. kalau anda berani kerana benar takut kerana salah anda tegoq la member anda tu..kalau tak.. anda jangan dok becerite kat orang sambil bercakap-cakap ngan pintu plak “Alhamdulillah...bersyukur bukan aku yang berada ditempat dia..kalau tak, jatuh la harege aku nanti..susut nilai dah kene pegang2 , kene itu dan kene ini..semoga maruah aku dilindungi olehNYA”Betol ke dialog aku ni? Ade kene mengene tak dengan situasi tu? *blur*

Situasi 4: Anda berjalan-jalan di supermarket tetibe ada salesman tarik anda dan pomot2 la produk dia..pastu anda pon tepengaruh dan tebeli la produk dia..Selang beberapa hari anda bejalan-jalan di supermarket lain dan tejumpe produk yg anda beli dengan harga yang jauuuuuh lebih murah berbanding dengan salesman tadi jual. Anda pon geram rase nak kol salesman tu pastu memaki hamun dia.

Jangan Marah! à taharik nahapas dedahalam...*lehetih hahaku mehenahip* pastu kabo kan kat diri begini “ehem...sabo sabo..Alhamdulillah aku kene tipu..jadik lepas ni aku harus lebih berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata manis orang tak kiralah dalam sesi penjualan produk atau pengayatan ayat-ayat cinta” pastu lelompat macam kenggeru.

Situasi 5 : Anda bengang sangat bila mak atau ayah anda membebel pagi, petang, siang malam..itu tak kene ini tak kene..potpetpotpet..toinktoink.. pfffttttttt...pastu anda rasa macam nak sesumbat aje telinga pakai shinggam perise blueberry yang ade gambar boomberman tu.

Jangan Marah! à tarik napas dendalam... *asik tarik napas dendalam aje* pastu dengan sopan anda senyuuuuuum aje kat mak n ayah tu..pastu cakap “i’m sorry...” *lawak hambar* eh tak..mase mak ke ayah anda tu dok bebel..anda senyum sambil cakap dalam hati “Alhamdulillah...sedapnye sore mak/ayah... terima kasih mak/ayah sebab bebel untuk saya..saya suka dengar sore mereka.. saya bersyukur masih ada orang yang care tentang saya”haaa..betol wa cakap sama lu.. hargailah mereka sementara mereka masih ada.. takpayah la nak sesumbat tlinge ngan shinggam oomberman tu... nanti bila mereka dah tak de baru nak temenung depan peti sejok sebab takde orang nak bebel kat anda lagi...

HAH. AKU SUDAH BUNTU AKIBAT TERLALU BANYAK BERFIKIR.. KEH3 MEMANG AYAT MINTAK PENAMPOR KAN? TAPI INILAH REALITI YANG HARUS DITERIMA OLEH ANDA SEMUA..

KESIMPULAN DARIPADA ENTRY HARINI ADALAH BELAJARLAH UNTUK BERSYUKUR WALAUPON PERKARA ITU MENYAKITKAN....btw ade banyak lagi situasi yang boleh kite buat dialog kan? Haa korang pikir2 kan lah..kalau aku nak taip semua pekara dalam blog memang sampai kesudah pon tak abes2 cite pasal bersyukur dan dialog ajee.. >..<

Tuesday, April 12, 2011

Ape gune ade handphone kalau tak tahu guna kan?


4 THINGS YOU PROBABLY NEVER KNEW YOU MOBILE PHONE COULD DO
There are a few things that can be done in times of grave emergencies. Your mobile phone can actually be a life sever or an emergency tool for survival. Check out the things that you can do with it:


FIRST

Emergency
The Emergency number worldwide for Mobile is 112. If you find yourself out of the coverage area of your mobile network and there is an emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number for you, and interestingly this number 122 can be dialed even if the keypad is locked. Try it out.

SECOND

Have you locked your keys in the car?
Does your car have remote keyless entry? This may come in handy someday. Good reason to own a cell phone if you lock your keys in the car and the spare keys are at home, call someone at home on their mobile phone from your cell phone. Hold your cell phone about a foot from your car door and have the person at your home press the unlock button, holding it near the mobile phone on their end. Your car will unlock.
Saves someone from having to drive your keys to you.

Distance is no object. You could be hundreds of miles away, and if you can reach someone who has the other ‘remote’ for your car, you can unlock the doors (or the trunk).

*Editor note : It works fine! We tried it out and it unlocked our car over a mobile phone!


THIRD

Hidden Battery Power
Imagine your mobile battery is very low. To activate, press the key *3370# Your mobile will restart with this reserve and the instrument will show a 50% increase in battery. This reserve will get charged when you charge your mobile next time.

FOURTH


How to disable a STOLEN mobile phone?
To check your mobile phone’s serial number, key in the following digits on your phone *#06# a 15 digit code will appear on the screen. This number is unique to your handset. Write it down and keep it somewhere safe. When your phone get stolen, you can phone your service provider and give them this code. They will then be able to block your handset so even if the thief changes the SIM card, your phone will be totally useless. You probably won’t get your phone back, but atleast you know that whoever stole it can’t use/sell it either. If everybody does this, there would be no point in people stealing mobile phones.

ATM - Pin Number Reversal (Good to know)
If you should ever be forced by a robber to withdraw money from an ATM machine, you can notify the police by entering your PIN # in reverse. For example, if you pin number is 1234, then you would put in 4321. The ATM system recognizes that your PIN number is backwards from the ATM ca

rd you placed in the machine. The machine will still give you the money you requested, but unknown to the robber, the police will be immediately dispatched to the location. This information was recently broadcast on CTV by Crime Stoppers however it is seldom used because people just don’t know about it. Please pass this along to everyone. This is the kind of information people don’t mind receiving, so pass it on to your family and friends.

Tuesday, February 1, 2011

Hometown yang banjir part II


Hye hye hye.... entry ni bertujuan nak buat laporan je... sejak2 balik hometown ni i da jadik wartawan kaji cuaca plak...keh3

Baiklah, berikut adalah beberapa gambar yang sempat di snap oleh saya semasa bersiar2 bersama keluarga.. Tapi gambanye saya malas nak edit2... jadi qualitinya ta bape baik la...(zaman bila tah nak dapat pakai dslr)


Ni adalah hospital lama kat segamat..kesiaan

Akibat arus yg sangat laju, abes renyuk pintu kedai ni...

Nampak tak Nampak tak arus tu kan deras sangat


Part yang ni memang SENTAP sikit aty..sob3...lihat la landasan ketapi ni..abes batu2 yg support landasan tu dihanyutkan air...belobang2 dah landasan...sian ke saye tok leh balik kolumpo...

Kasihan penduduk di sekitar kawasan ni...sampai tegolek2 bekas nak bagi eletrik...kalau tak silap ni dekat ngan Giant segamat

Papan tanda pon tegolek...siaaaan

Dasat an??


Rasenye ni ag sadis sebab pagar mesjid pon roboh tegolek2 ditolak oleh arus...kasihan

Adik-adik ni saje je kan men2 kat situ sebab nak masuk dalam gambar...hihihi...bek2 dek kang kena gigit ikan kang

Jalan raya jadik rusak...kasihan saya telompat2 masa ayah pandu keta

Nampak tak tempat joging tu...hihihi...da tenggelam sket.. tapi ok lagi la daripada haritu

Sebenanye ini dah kira surut la daripada lepas2...


Apa apa pun kena ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah banyak memberikan bantuan...

Encik Bomba


Encik Askar

dan...apa kaitannye ngan keta ni?

(Sebenanye dalam tu ada abam askar yang hensem...jadi saya snap keta dia aje...keh3)

Ha dah habes dah..tu aje... ha bila oram2 kat Bandar segamat dah lega, orang bahagian buluh kasap bersiap sedia lah ye... Sungai Segamat Mengalir ke Sungai Muar..

KBYE!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...